PUTRAJAYA 29 Mei- Sektor pelancongan negara mencatatkan perkembangan positif pada suku pertama tahun ini dengan peningkatan sebanyak 16.9 peratus dalam aspek perbelanjaan pelancong iaitu RM21.4 bilion berbanding RM18.3 bilion pada tahun lalu. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, ketibaan pelancong ke Malaysia juga mencatatkan peningkatan sebanyak 2.7 peratus iaitu sebanyak 6.696 juta orang berbanding 6.520 juta orang pada suku pertama pada tahun lalu. “Berdasarkan statistik ketibaan bulanan…










