KHORTOUM 31 Mei – Sudan mengarahkan pengoperasian stesen televisyen Al-Jazeera yang berpangkalan di Qatar ditutup serta merta, selain permit pekerja syarikat berita itu ditarik, semalam.
Pengarah agensi berita di Khortoum, Al-Musallami Al-Kabbashi memberitahu, agensi berita itu dimaklumkan tindakan tersebut diambil atas arahan Majlis Peralihan Tentera Sudan.
“Mereka hanya memaklumkan yang Majlis Peralihan Tentera Sudan mengarahkan untuk menutup rangkaian Al-Jazeera serta merta tanpa sebarang notis bertulis,” katanya kepada AFP.
Memuatkan artikel berkaitan…
Saluran berita itu sering kali membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara tersebut. -AFP











