KUALA LUMPUR 7 Mei – Seorang lelaki maut dibelasah kerana didakwa memiliki serta menyimpan gambar bogel isteri rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Baru Sungai Buloh, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 27 tahun itu sebelum ini telah mengugut wanita tersebut untuk mengikuti kehendaknya sekiranya tidak mahu gambar disebarkan. Menurutnya, mangsa yang juga rakan kepada suami wanita terbabit dikatakan mengambil gambar bogel ketika wanita itu sedang mandi. “Sebelum kejadian, mangsa telah datang ke tempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya