Sime Darby Property Lancar kempen jualan Hari Raya 2019 - Utusan Malaysia

Sime Darby Property Lancar kempen jualan Hari Raya 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Sime Darby Property Bhd., yang mencatatkan jualan melebihi RM1 bilion menerusi penjualan lebih 1,100 unit hartanah pada kempen Primetime 8 selama lapan minggu baru-baru ini, akan mengadakan kempen pemilikan rumah baharu bersempena perayaan Aidilfitri.

Kempen Raya 2019 itu akan berlangsung mulai 15 Mei sehingga 30 Jun.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Hashimi Albalkri Wan Ahmad Amin Jaffri berkata, sebelum ini kempen Primetime 8 menerima sambutan menggalakkan daripada para pembeli, melebihi daripada jangkaan syarikat itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia merupakan suatu isyarat bahawa rakyat Malaysia tetap mengutamakan pemilikan rumah meskipun wujud kebimbangan terhadap iklim ekonomi, menggambarkan kepercayaan mereka terhadap rumah berkualiti di lokasi menarik, akses mudah dan harga kompetitif yang menghasilkan produk bernilai untuk wang mereka.

“Kempen Pemilikan Rumah telah mendorong kepada pencapaian ini dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasaran hartanah merupakan penyumbang penting terhadap ekonomi negara dan sehubungan itu, Sime Darby Property akan terus memainkan peranan untuk merancakkan sektor tersebut.

Kempen pemasaran Primetime 8 diadakan bersempena kempen pemilikan rumah di peringkat nasional 2019 yang dilancarkan sepanjang Mac dan April. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini