Silva tekad bantu City ke Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

Silva tekad bantu City ke Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Mei – Bernardo Silva bertekad untuk membantu Manchester City menadi pencabar utama di Liga Juara-Juara selepas dinobatkan selaku Pemain Terbaik kelab itu musim ini.

Pemain tengah Portugal menjaringkan tujuh gol dalam Liga Perdana Inggeris untuk membantu City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selain memenangi Piala Liga dan Piala FA.

“Terima kasih banyak menerusi cara anda menyokong kami musim ini. Anda membuatkan kami hidup. Tanpa mereka (penyokong), tidak mungkin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Musim depan, kami akan kembali, kami akan cuba memberi anda lebih banyak gelaran.

“Diharap, segala kerja keras akan dibayar dengan harga lumayan. Kami sangat penat, satu musim yang panjang.

“Musim yang menakjubkan bagi kami, tetapi dengan empat trofi (Liga Perdana Inggeris, Piala Liga, Piala FA dan Perisai Komuniti) untuk skuad dan kakitangtan. Ia sangat menakjubkan,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini