WASHINGTON 29 Mei – Beberapa organisasi komuniti Palestin di Amerika Syarikat (AS) menolak ‘bengkel’ yang dirancang oleh Washington untuk menggalakkan pelaburan di Palestin dalam satu persidangan di Bahrain bulan depan. Al-Jazeera melaporkan, perkara itu disifatkan sebagai satu ‘pengkhianatan’ buat semua penduduk Palestin. AS dijangka menganjurkan satu persidangan ekonomi di Manama, Bahrain pada 25 dan 26 Jun ini sebagai langkah untuk meningkatkan sektor pelaburan di Palestin. Persidangan itu bakal menghimpunkan semua pemimpin perniagaan dan kerajaan bagi membincangkan bagaimana usaha boleh dilakukan untuk meningkatkan ekonomi di Tebing Barat dan Gaza. Penasihat Kanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya