Siasat motif Malaysiakini bangkitkan 13 Mei 1969 - Utusan Malaysia

Siasat motif Malaysiakini bangkitkan 13 Mei 1969

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG
POLIS
Diraja Malaysia (PDRM) didesak segera menyiasat laporan artikel yang disiarkan di portal berita, Malaysiakini yang cuba membangkitkan kembali nostalgia sejarah hitam 13 Mei 1969 mengikut acuan portal berkenaan yang dilihat berkemampuan mencetuskan ketidakstabilan kaum di negara ini.

Apakah motif sebenar sehingga mendorong portal berkenaan begitu bersemangat dalam mengupas kembali mengenai sejarah hitam yang melanda ke atas pentadbiran negara 50 tahun dahulu di ketika Kerajaan Pakatan Harapan sedang menerajui pusat pentadbiran negara. Malah, adakah tindakan provokatif sebegini mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak-pihak tertentu yang merupakan sebahagian daripada rakan sekutu kerajaan Pakatan Harapan sendiri?

Laporan secara rambang sedemikian amat berbahaya malah berkemungkinan layak diklasifikasikan sebagai berniat jahat serta tidak sihat dari sudut keharmonian kaum dan ketenteraman awam serta keselamatan negara seandainya disalah tafsir isi kandungan artikel berkenaan.
 Portal berkenaan diingatkan agar tidak mengambil kesempatan mudah dengan menjadikan perubahan pada kedudukan geopolitik di negara ini bagi tujuan mendapatkan ‘kredit politik’ kepada pihak-pihak tertentu yang sebelum ini menjadi punca elemen komersial dalam menghulurkan peruntukan kewangan bagi tujuan urus tadbir portal berkenaan. Jika benar ada kemungkinan sedemikian, maka ia adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

Justeru, pihak berkuasa seperti PDRM digesa agar segera menyiasat isu berkenaan bagi mengelak berlakunya sebarang kekeliruan dalam kalangan rakyat atas percubaan tindakan provokatif melalui pemahaman artikel berkenaan.

RAHMAD ISAHAK

Aktivis Politik / Bekas Ahli DAP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×