KOTA BHARU 27 Mei – Barisan tukang gunting di negeri ini sudah bersiap sedia diserbu para pelanggan yang mahu ‘bojeng’ (menggayakan) rambut masing-masing supaya tampil kemas dan menarik ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan. Wan Mohd. Zaahed Wan Jusoh dari The Scissors By Rango yang terletak berhampiran Pelangi Mall, di sini berkata, kebiasaannya, bilangan pelanggan bertambah mendadak menjelang 10 hari terakhir Ramadan menyebabkan dia dan rakan-rakan tidak menang tangan. Bagaimanapun katanya, kali ini mereka sudah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk berdepan ‘serbuan’ pelanggan yang membuat datang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya