Shopee raikan petugas Kumpulan Utusan berbuka puasa - Utusan Malaysia

Shopee raikan petugas Kumpulan Utusan berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Kira-kira 200 petugas Kumpulan Utusan diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Shopee Malaysia di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Marianne Chuo, tujuan utama pihaknya menganjurkan majlis sedemikian berikutan melihat komitmen pengamal media yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan mereka.

“Selain itu, majlis tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha pihak kami dalam menunjukkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kumpulan Utusan di atas sokongan yang diberikan  kepada Shopee selama ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Shopee juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Mondalez International (Malaysia dan Singapura) kerana turut menyumbangkan coklat Cadbury dan biskut Chipsmore bagi menjayakan majlis tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Sementara itu, Ketua Perancangan dan Pengaktifan Kategori Mondelez International, Ivan Oh menjelaskan, media merupakan sebahagian daripada tulang belakang pihaknya ekoran sentiasa membantu dalam menyampaikan cerita posotif kepada pelanggan mereka.

“Kerjasama yang dijalankan dengan pihak Shopee pada bulan mulia ini untuk menjamu petugas media juga dilihat begitu bertepatan selain mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini