Serangan siber terhadap bajet New Zealand - Utusan Malaysia

Serangan siber terhadap bajet New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 28 Mei – Kerajaan New Zealand menghadapi serangan siber ‘sistematik dan ‘khusus’ mengakibatkan kebocoran dokumen kewangan sulit yang memalukan menjelang pembentangan bajet minggu ini.

Setiausaha Perbendaharaan, Gabriel Makhlouf berkata, beliau telah merujuk perkara tersebut kepada polis atas nasihat perkhidmatan perisikan.

Katanya, pengodam menyerang sistem kerajaan 2,000 kali dalam tempoh 48 jam dengan menyaksikan mereka mendapat dokumen berkait dengan bajet yang tidak dikeluarkan sehingga Khamis ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengodam dapat menembusi dan memperolehi sebahagian maklumat bukan kesemua bajet berkenaan,” katanya kepada Radio New Zealand, hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini