MADRID 3 Mei – Polis Sepanyol berjaya melumpuhkan sindiket penipuan Bangladesh yang menyeludup lebih 350 pendatang dari benua India masuk ke negara ini dan memberikan mereka pasport palsu. Kesemua pendatang yang ingin masuk ke negara ini perlu membayar kira-kira 14,000 euro (RM64,677) hingga 20,000 euro (RM92,396) kepada sindiket berkenaan. Selain itu, kumpulan tersebut turut menyeludup masuk pendatang ke Algeria. Antara pendatang yang dibawa masuk berasal dari Bangladesh, India, Pakistan dan Sri Lanka. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya