Seorang maut, empat cedera kemalangan di Sematan - Utusan Malaysia

Seorang maut, empat cedera kemalangan di Sematan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Seorang maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Baru, Sematan awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, mangsa yang maut ialah David Dillon Anton,19, dari Kampung Bunga Raya, Simunjan.

“Seorang mangsa berjaya mengeluarkan diri namun tiga mangsa tercampak keluar di tepi jalan raya manakala seorang lagi mangsa tersepit di bahagian penumpang belakang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan hospital,” menurut kenyataan itu.

Empat mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lundu untuk rawatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini