PUTRAJAYA 31 Mei – Semua pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara akan ditutup pada esok dan 8 Jun ini bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. JPN dalam kenyataan memaklumkan, sekiranya terdapat sebarang urusan pendaftaran pada tarikh tersebut, orang ramai boleh hadir ke pejabat JPN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran. “Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 0388807077 atau e-mel ke [email protected],” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya