KANGAR 1 Mei – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin percaya lebih 70 peratus orang Melayu yang beragama Islam bersetuju dengan pandangan beliau bahawa kaum majoriti itu di negara ini merasakan tidak selamat di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Malah kata beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga boleh membuat kaji selidik atau bancian sama ada orang ramai khususnya beragama Islam menyokong beliau atau Perdana Menteri dalam soal tersebut.…










