KUALA LUMPUR 30 Mei – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beradu tenaga dalam perlawanan bola sepak tidak lama lagi. SYED SADDIQ Syed Saddiq mengesahkan pihaknya akan mengutus surat kepada Tunku Ismail untuk mengatur perlawanan itu nanti. Kata beliau, perlawanan persahabatan itu diharap dapat menjadi jambatan untuk mengeratkan silaturahim antara pihak yang terlibat. “Saya akan utuskan surat kepada TMJ. Ini merupakan perlawanan persahabatan mengeratkan silaturahim dan memastikan bahawa sukan dijadikan jambatan untuk menyatupadukan semua.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya