Saya tidak akan beri ruang kepada perusuh - Jokowi - Utusan Malaysia

Saya tidak akan beri ruang kepada perusuh – Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 22 Mei – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang cuba memecah belahkan perpaduan di negara ini.

Detik News melaporkan, Jokowi bersedia untuk membangunkan negara ini bersama-sama rakyat.

“Saya bersedia untuk bekerjasama dengan rakyat bagi memajukan Indonesia, tetapi saya juga tidak akan beri muka kepada mereka yang mengganggu keamanan negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak akan buka ruang kepada perusuh. Kita akan biarkan mereka rosakkan Indonesia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini