‘Sarri tak salah’ - Utusan Malaysia

‘Sarri tak salah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Mei – N’Golo Kante tampil membela Maurizio Sarri dengan mengatakan pengurusnya mengaku bertanggungjawab atas kecederaan hamstring yang dialaminya, selain menggesa rakan sepasukan untuk lebih menyerlah pada masa akan datang.

Pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan pada minit kesembilan sewaktu Chelsea menang 2-0 ke atas Watford Ahad lalu dan berusaha untuk kemabli cergas bagi menghadapi final Liga Europa pada 29 Mei ini.

Dia dijangka akan terlepas dua perlawanan minggu ini, dengan Chelsea bersedia ke pentas akhir Liga Europa apabila menentang Eintracht Frankfurt di Stamford Bridge dalam aksi timbal balik menerusi agregat 1-1.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka kemudian akan menentang Leicester City Ahad ini, namun perlawanan tersebut seakan melengkapkan jadual Liga Perdana Inggeris memandangkan mereka sudahpun mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sarri bagaimanapun mengakui dia tersilap percaturan apabila menurunkan Kante dalam perlawanan Ahad lalu sehingga menyebabkan pemain tengah tersebut mengalami masalah hamstring dan kini bekerja keras untuk pulih.

“Tidak. Saya baik-baik sahaja, ia hanya berlaku. Saya OK, saya cuma mengalami kesakitan hamstring sahaja dan ia memerlukan sedikit masa untuk diperiksa apa yang berlaku sebenarnya.

“Ia hanya jangkaan (Kante akan pulih sebelum final Liga Europa). Tetapi apa pun, saya perlu menjalani pemeriksaan dahulu, ambil masa untuk memeriksa segalanya dan selepas itu baru tahu tempoh yang saya perlu hadapi,” kata Kante.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini