KUALA TERENGGANU 1 Mei – Syarikat pengangkutan bas Sani Ekspres akan menerokai perniagaan baharu apabila melabur RM50 juta untuk membangunkan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi. Pengasasnya, Datuk Sani Salleh berkata, Sani Ferry yang bakal beroperasi pada Disember depan dijangka dapat menampung seramai 660 penumpang dalam satu-satu masa menerusi perkhidmatan tiga buah feri yang disediakan. Katanya, pelaburan terbaharu itu termasuk kerja-kerja menambah baik dan mengindahkan infrastruktur di terminal…










