SEREMBAN 26 Mei – Kerajaan mengalu-alukan usaha orang ramai menyalurkan maklumat mengenai perbuatan pemandu kenderaan yang sengaja menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memerlukan maklumat yang tepat dan lengkap termasuk nombor pendaftaran kenderaan serta lokasi bagi memudahkan tindakan diambil. “Mereka boleh merakam gambar perbuatan itu dan serahkan kepada JPJ untuk tindakan selanjutnya. “Bagaimanapun, orang ramai tidak boleh mengambil tindakan…










