Sahur dalam banjir kilat - Utusan Malaysia

Sahur dalam banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Persiapan sahur sebahagian penduduk di Batu 5 1/2 hingga 6 Jalan Meru di sini terjejas apabila rumah mereka dimasuki air sedalam 0.6 meter akibat limpahan kolam takungan air berdekatan awal pagi tadi.

Lebih menyukarkan keadaan apabila banjir yang bermula pukul 3.15 pagi itu turut mengakibatkan beberapa taman perumahan di kawasan berkenaan bergelap akibat terputus bekalan elektrik.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Saharudin Md. Shah berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.24 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, antara kawasan terjejas adalah Kampung Kuil, Jalan Cempaka Taman Daya Maju dan Kawasan Industri.

“Berdasarkan siasatan awal banjir kilat dipercayai limpahan dari kolam takungan air kawasan berdekatan.

“Terdapat beberapa kawasan perumahan terputus bekalan elektrik susulan banjir tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Smart Selangor Command Centre (SSCC) dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu adalah disebabkan taburan hujan yang lebat dan limpahan air dari Setia Alam.

“Parit yang sedia ada tidak dapat menampung larian air hujan yang menyebabkan rumah penduduk dinaiki air.

“Sebuah keluarga yang tinggal di Persiaran Hamzah, Meru telah di pindahkan ke pusat pemindahan sementara di Balai Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Meru,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini