Sabah harap sistem digital profail kampung siap tahun ini - Utusan Malaysia

Sabah harap sistem digital profail kampung siap tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA MARUDU 2 Mei – Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah mahu sistem digital profail kampung disiapkan pada tahun ini, bagi membolehkan semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dilantik dapat memasukkan data kampung masing-masing.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata sistem dibangunkan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN) itu penting, dalam membantu kerajaan negeri merancang belanjawan pelbagai projek pembangunan luar bandar berdasarkan data diperolehi melalui sistem itu.

“Saya telah meminta pihak UPEN menyiapkan sistem pada pertengahan tahun ini, bagi memudahkan MPKK dilantik memasukkan data mengenai kampung mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua pejabat daerah akan memantau dan mengesahkan dahulu data-data yang mahu dimasukkan itu,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MPKK bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek di sini, hari ini.

Ewon berkata sistem digital profail kampung itu adalah sumber maklumat asas yang akan digunakan bagi setiap perancangan pembangunan kampung dan daerah di kawasan luar bandar, selain berharap semua pihak berkaitan memberi kerjasama menjayakan sistem berkenaan selepas ia siap dibangunkan demi manfaat bersama.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini