ARAU – Tindakan seorang lelaki menggunakan api untuk menghalau seekor ular yang dikatakan bersembunyi di bawah katil di dalam sebuah bilik mengundang padah apabila rumah keluarganya di Kampung Chemumar Tengah di sini musnah dalam kebakaran malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, api yang dinyalakan lelaki terbabit pada kertas surat khabar tiba-tiba menyambar tilam sebelum api marak dengan cepat. Pemilik rumah, Mohd. Suhaimi Ahmad, 49, berkata, kejadian berlaku…










