MELAKA – Hasrat tujuh sekeluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kelantan minggu depan terkubur selepas semua kelengkapan raya dan kediaman mereka di Taman Bachang Utama dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, kesemua ahli keluarga tersebut sempat menyelamatkan diri masing-masing dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut Nursamihah Yunos, 46, ketika kejadian dia bersama suaminya berada di dalam bilik utama di tingkat dua…










