Rugi bersih THP RM8.9 juta - Utusan Malaysia

Rugi bersih THP RM8.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – TH Plantations Berhad (THP) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM8.90 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2019 berbanding keuntungan RM4.10 juta tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif THP, Muzmi Mohamed berkata, perolehan juga mencatatkan penurunan sebanyak lima peratus tahun ke tahun kepada RM115.28 juta.

Katanya, pengeluaran hasil tanaman pengeluaran tandan buah segar (FFB) bagi suku tahun dilaporkan meningkat 21 peratus kepada 208,548 metrik tan manakala hasil pengeluaran dan jualan minyak sawit mentah (MSM) masing-masing meningkat 23 peratus dan 27 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari segi operasi, kumpulan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding tempoh yang sama tahun lepas. FFB dihasilkan dan diproses meningkat, manakala output dan jualan CPO juga meningkat.

“Walau bagaimanapun, walaupun pengeluaran dan jualan yang lebih baik, pendapatan lemah pada suku pertama tahun ini terutamanya disebabkan oleh harga MSM dan kernel sawit (PK) yang lebih rendah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini