KUALA LUMPUR 29 Mei – Penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Rufino Segovia bakal terlepas seluruh baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini akibat kecederaan serius. Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam kenyataan hari ini berkata, selepas berbincang dan mendapatkan pandangan doktor serta fisio pasukan, mereka terpaksa merehatkan penyerang kelahiran Madrid, Sepanyol itu. Rufino, 34, yang disahkan mengalami kecederaan tendon Achilles hanya dijangka pulih sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.…










