KHARTOUM 6 Mei – Pasukann separa tentera kontroversi Sudan merampas beberapa senjata, bahan letupan dan peluru dalam serbuan di sini, tidak jauh dari ribuan pemprotes berhimpun hari ini.
Menurut Pasukan Sokongan Pantas (RSF), unit anti-pemberontakan Sudan, serbuan di sebuah rumah di daerah timur Al-Taif setelah mendapat laporan ‘aktiviti aneh’ di sana.
“RSF telah berjaya mematahkan cubaan sabotaj keselamatan dan kestabilan negara disamping merampas sejumlah besar senjata, peluru dan bahan letupan,” katanya disamping beberapa tangkapan dibuat. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











