Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan mata wang serantau yang lemah dan kesan akibat ketidaktentuan yang menyelubungi rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.

Pada pukul 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.1845/1875 berbanding dolar AS daripada 4.1750/1780 yang direkodkan semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Pasaran serantau dijangka kekal tidak menentu, selagi Presiden AS, Donald Trump, mengekalkan pendirian beliau terhadap China dan seluruh dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara AS dan China terus memberi kesan kepada pasaran,” katanya.

Untuk minggu yang pendek berikutan cuti umum, urus niaga dijangka lengang.

Pasaran forex ditutup pada hari Isnin untuk Wesak dan sekali lagi pada Rabu sempena Nuzul Al-Quran. Ia akan dibuka semula pada hari Khamis.

Sementara itu, ringgit, didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0355/0386 daripada 3.0339/0372 yang dicatatkan pada Jumaat dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.7972/8006 daripada 3.7924/7961.

Unit tempatan itu bagaimanapun, mengukuh berbanding pound British kepada 5.3118/3165 daripada 5.3219/3274, tetapi jatuh berbanding euro kepada 4.6653/6699 daripada 4.6576/6622. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini