KUALA LUMPUR – Mata wang tempatan ringgit dibuka rendah hari ini berikutan pelabur tidak memasuki pasaran kerana menunggu pengumuman berhubung kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 7 Mei. Pada 9 pagi, ringgit turun ke paras 4.1400/1430 berbanding 4.1355/1385 semasa ditutup pada Khamis. Seorang peniaga berkata, ini adalah selepas semalam Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah, walaupun mendapat tekanan daripada White House untuk ia dikurangkan.…










