Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kelemahan permintaan akibat faktor sentimen ekonomi global yang terus merencatkan selera pelabur, kata peniaga.

Pada pukul 9 pagi, ringgit turun ke paras 4.1900/1940 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1900 sewaktu ditutup pada Selasa.

Seorang peniaga berkata ketidaktentuan yang berlanjutan membabitkan perang dagangan Washington-Beijing menyebabkan kebanyakan pelabur memilih aset selamat seperti dolar AS dan yen Jepun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, kelembapan ekonomi China juga menyebabkan yuan susut berbanding mata wang serantau lain, termasuk ringgit yang turut dipengaruhi oleh prestasi yuan.

Selain itu, penurunan harga minyak juga hanya menjejaskan lagi ringgit yang mana penanda aras minyak mentah Brent didagangkan 0.44 peratus lebih rendah kepada AS$68.37 (RM286.85) setong pada masa ini.

Selain itu, ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0369/0409 daripada 3.0396/0420 yang dicatat pada Selasa dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.8335/8382 daripada 3.8283/8321.

Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.3024/3079 daripada 5.2986/3045 namun mengukuh berbanding euro kepada 4.6790/6855 daripada 4.6844/6899. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini