KUALA LUMPUR 6 Mei – RHB Bank Berhad meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan membantu pelajar kurang bernasib baik untuk cemerlang dalam pelajaran melalui program RHB X-Cel.
RHB BanK Berhad dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 805 pelajar dari 17 sekolah mendaftar di bawah program ini yang mana 389 daripadanya telah menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.
“Kami berharap program ini dapat mencapai 1,000 penglibatan pelajar tingkatan 4 dan 5 setiap tahun dari sekolah terpilih seluruh negara. Sebagai tambahan kepada kelas tuisyen, pelbagai aktiviti lain seperti seminar dan bengkel turut diadakan.
“Subjek yang ditawarkan ketika mengikuti program RHB X-Cel adalah Matematik Tambahan, Kimia, Prinsip Akaun selain subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











