LONDON 4 Mei- Polis menahan remaja lelaki berusia 17 tahun susulan kematian seorang perempuan di Wiltshire, di sini.
Remaja wanita itu yang ditemukan masih hidup di sebuah rumah yang terletak di Calne, petang semalam waktu tempatan disahkan meninggal dunia selepas usaha menyelamatkannya gagal.
Suspek berjaya ditahan polis di Chippenham dan kini masih dibawah pengawasan polis.
Memuatkan artikel berkaitan…
Proses bedah siasat telah dilakukan ke atas mayat mangsa namun keputusannya hanya akan dikeluarkan esok.- AGENSI











