Remaja 14 tahun maut letupan bom pasar Ramadan - Utusan Malaysia

Remaja 14 tahun maut letupan bom pasar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI – Seorang remaja maut dan sekurang-kurangnya 11 termasuk empat renjer cedera dalam satu letupan bom di pasar Ramadan di Pattani, selatan Thailand hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang (waktu tempatan) itu, orang ramai sedang membeli juadah berbuka di pasar ramadan di Pekan Bo Thong, Nong Chik, Pattani.

Ketua Polis Wilayah Pattani, Piyawat Chalermsi berkata, bom buatan sendiri seberat 15 kilogram itu telah diletakkan di sebuah motosikal dan diaktifkan dengan menggunakan walkie-talkie.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, remaja berusia 14 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala sekurang-kurangnya 11, termasuk empat renjer yang sedang mengawal keselamatan di tempat kejadian mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut.

“Dalam kejadian itu, lima buah kenderaan rosak teruk akibat serpihan bom manakala beberapa buah premis perniagaan turut mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini