RCI Wang Kelian: masuki hari ke-10 - Utusan Malaysia

RCI Wang Kelian: masuki hari ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Hari kesepuluh sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis bersambung hari ini dengan saksi ke-27 memberi keterangan.

Penolong Pengarah Ukur Sempadan Darat Antarabangsa, Mohd. Hafiz Mat Arifin tampil memberi keterangan di hadapan tujuh panel RCI diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Beliau yang bertugas di Bahagian Ehwal Persempadanan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ialah individu yang dirujuk bagi menentukan dan mengesahkan tempat kejadian dalam kes di Wang Kelian dan Wang Burma sama ada berada dalam wilayah Malaysia atau Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Mohd. Hafiz, dua lagi saksi dijangka memberi keterangan hari ini di hadapan panel RCI yang diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lalu yang memulakan prosiding pertama pada 16 April lalu.

Ia diadakan susulan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

Antara lain, RCI itu bertujuan meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini