Raymond Tan, bekas ketua menteri Sabah sertai Warisan - Utusan Malaysia

Raymond Tan, bekas ketua menteri Sabah sertai Warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 3 Mei – Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, hari ini mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).


Dalam satu majlis di sini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat itu menyerahkan borang kemasukan parti Warisan kepada presiden parti yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Tan berkata, keputusan menyertai Warisan itu dibuat bagi memperkuatkan lagi pentadbiran kerajaan negeri Sabah yang diketuai Mohd Shafie.

Memuatkan artikel berkaitan…


Beliau berkata penyertaan dalam Warisan menjadi landasan terbaik untuk dirinya terus memberi sumbangan kepada usaha membangunkan negeri ini.


”Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lepas, saya pada mulanya merasa sudah sampai masa untuk bersara dari dunia politik disebabkan umur sudah meningkat.


“Tetapi kalau diperlukan untuk bantu Mohd Shafie dan atas permintaan beliau saya akan bantu dan sebab itu saya membuat keputusan menyertai Warisan,” katanya.


Tan, adalah bekas Naib Presiden Parti Gerakan, pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanjung Papat selama lima penggal sebelum tewas pada PRU-14, Mei tahun lalu, kepada Timbalan Pengerusi DAP Sabah ,Frankie Poon Ming Fung.


Beliau pernah menjawat jawatan penting dalam Kabinet negeri Sabah ketika di bawah Barisan Nasional antaranya Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.


Sementara itu, Mohd Shafie berkata beliau yakin penyertaan Tan dalam Warisan akan dapat membantu usaha kerajaan negeri Sabah membangunkan negeri ini.


Beliau (Tan) seorang pemimpin politik berpengalaman dan sempena Plihan Raya Kecil (PRK) Sandakan ini, sudah tentu sumbangannya adalah penting.


Mohd Shafie juga menafikan penyertaan Tan ke dalam Warisan ketika PRK Sandakan bukanlah satu gimik meraih undi.


Menurutnya sebelum ini terdapat beberapa ahli politik dan wakil rakyat dari parti lain telah menyertai Warisan. – BERNAMA


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini