BEIJING 10 Mei – China mendakwa bekas ketua Interpol, Meng Hongwei selepas beliau dilaporkan menerima rasuah dan menyalahgunakan kedudukannya.
Hongwei sebelum ini dilaporkan hilang ketika mengadakan lawatan ke China pada September lalu dan didakwa menerima rasuah tidak lama selepas itu.
Beliau juga didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua Polis Marin dan Timbalan Menteri untuk mendapatkan sejumlah besar hartanah secara haram. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











