LONDON – Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey mengakui sangat sedih kerana gagal membantu pasukan itu mengakhiri saingan sehingga penghujung musim selepas mengalami kecederaan dan terpaksa direhatkan sebelum melengkapkan perpindahan secara percuma ke Juventus musim depan. Pemain antarabangsa Wales itu membuat penampilan terakhir ketika menentang Napoli pada aksi Liga Europa 18 April lalu menyebabkan dia mengalami kecederaan hamstring. “Saya menyertai Arsenal ketika masih muda dan meninggalkan pasukan berkenaan sebagai pemain yang…










