Ramai rakyat tempatan jadi keldai dadah - Utusan Malaysia

Ramai rakyat tempatan jadi keldai dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Semakin ramai warga tempatan telah ditahan kerana terlibat membawa dadah ke luar negara terutamanya ke Korea Selatan dan Taiwan.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, modus operandi yang dilakukan sindiket ialah dengan membuat tawaran dalam laman sosial seperti Facebook dan menjanjikan bayaran yang lumayan.

“Bila pihak berkenaan setuju, sindiket akan berhubung dengan mereka melalui aplikasi WeChat sebelum diminta hadir ke hotel.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala perbelanjaan akan dibiaya oleh sindiket dan setibanya di hotel, mereka akan lekatkan dadah di badan atau meletakkannya di dalam beg untuk di bawa ke luar negara,” ujarnya.

Tambahnya, dia menasihat semua pihak supaya sentiasa berhati-hati dan tidak terpedaya dengan helah sindiket bagi mengelak menjadi mangsa keldai dadah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini