Rakyat Malaysia kekal positif mengenai hala tuju negara - Ipsos - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia kekal positif mengenai hala tuju negara – Ipsos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Ramai rakyat Malaysia kekal positif mengenai hala tuju negara di bawah pentadbiran kerajaan baharu, setahun selepas Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), menurut kajiselidik sebuah firma penyelidikan pasaran, Ipsos.

Menurutnya mereka mengharapkan kerajaan akan dapat menampilkan lebih banyak langkah-langkah bagi menangani persepsi jenayah dan keganasan dalam negara.

Mereka juga mahukan tindakan diambil bagi mengurangkan beban kewangan dengan ketara bagi menambah baik kualiti hidup rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rasuah merupakan kebimbangan utama bagi rakyat Malaysia, sebelum dan juga selepas PRU-14, tetapi setahun selepas pentadbiran kerajaan yang baharu, kebanyakan rasa bimbang itu berpindah kepada rasa bimbang terhadap jenayah dan keganasan, diikuti inflasi serta kos sara hidup,” menurut Ipsos dalam satu kenyataan berhubung kajian terbaharunya mengenai ‘Apa yang membimbangkan Malaysia’.

“Kajian ‘What Worries Malaysia’ merumuskan bahawa rasuah bukan lagi kebimbangan utama, memandangkan tumpuan ramai berubah kepada pelbagai isu dari semasa ke semasa, seperti kos sara hidup dan jenayah,” kata Pengarah Urusan Ipsos di Malaysia, Arun Menon.

Katanya dalam melangkah ke hadapan, Malaysia perlu menangani kebimbangan-kebimbangan mengenai kos sara hidup, bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap ekonomi tempatan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini