KUALA LUMPUR 2 Mei – Kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi waktu malam dalam usaha membantu mempermudah dan meringankan kerja rakyat. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, inisiatif itu juga sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing yang kini mencecah tujuh juta. Selain itu katanya, kerajaan turut merancang pembinaan kilang yang mampu membina rumah sebagai sebahagian inisiatif…










