Rajagopal puas hati barisan pemain sedia ada - Utusan Malaysia

Rajagopal puas hati barisan pemain sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 11 Mei – Pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagobal tidak bercadang untuk mendapatkan pemain baharu pada musim perpindahan ketika ini kerana mahu memberi peluang kepada anak-anak buahnya yang sedia ada.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu berkata, PKNS FC memberi cabaran yang baik kepada pasukan lain dalam kesemua perlawanan liga setakat ini termasuk dalam aksi Piala FA.

“Saya fikir (buat) sementara ini belum lagi (mendapatkan pemain baharu), mungkin saya balik nanti dan bermimpi kita tengok sama ada kita nak tukar pemain atau tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PKNS FC adalah pasukan untuk masa depan dan pemain-pemain yang kita miliki sekarang mempamerkan persembahan yang baik, kecuali kalau perlu saya akan fikirkan (pemain baharu),” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mengulas aksi suku akhir Piala FA yang menyaksikan pasukannya tewas 4-2 kepada Kedah, Rajagobal tetap memuji semangat juang yang ditampilkan pemain-pemainnya.

“Selepas ketinggalan 1-0 pada minit ke-16, kami bangkit untuk mengikat kedudukan 1-1 kerana selepas menjaringkan gol penyamaan itu, mungkin kami (berharap) akan berjaya mendapatkan gol seterusnya yang boleh mengubah permainan tetapi ia tidak berlaku,” katanya.

Beliau mengakui, pemain-pemainnya dilihat terlalu ghairah untuk menghasikan gol bagi mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan itu sehingga serangan kelihatan agak gopoh.

“Saya nampak mereka hendak buat sesuatu untuk dapatkan keputusan positif, jadi itu bagus dan petanda yang baik kepada pasukan.

“Namun, sekiranya pemain dalam situasi yang lebih tenang mungkin kita boleh dapat gol-gol seterusnya untuk mengimbangi perlawanan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini