PU Abu menyesal, minta rujuk - Ain 'Afini - Utusan Malaysia

PU Abu menyesal, minta rujuk – Ain ‘Afini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei -Bekas isteri kepada ustaz selebriti PU Abu, Ain ‘Afini Latif yang sah diceraikan dengan talak dua semalam mengakui PU Abu ada menghubunginya untuk membaiki hubungan mereka sebelum ini.

Menurut Ain, PU Abu menyatakan sesalan terhadap perbuatannya dan mahu mereka rujuk kembali sebagai suami isteri namun dia masih belum bersedia.

“Pada awal kes ini dibicarakan, saya terkejut apabila hakim putuskan hubungan suami isteri kami masih sah memandang saya tahu lafaz cerai yang dibuat itu memang dengan niat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun akur dengan keputusan itu sehinggalah ustaz (PU Abu) menghubungi saya dan minta datang semula ke mahkamah pada petang semalam.

“Syukur perkara ini telah berakhir dan saya terima dengan redha. Saya yakin ada hikmah baik disebaliknya,” jelas Ain.

Agak malu ketika bertemu PU Abu setelah lama tidak bersua muka, jelas Ain dia tidak mampu untuk kembali bersama bekas suaminya itu semula.

“Dua tiga hari sebelum ke mahkamah dia ada hubungi saya dan mengatakan kesal akan perbuatannya. Dia mahu kami rujuk kembali jika mahkamah memutuskan kami tercerai namun saya tidak boleh menerimanya.

“Saya tidak mahu lagi tekanan, keluarga juga bersetuju dengan keputusan saya ini,”jelas Ain ketika dihubungi Utusan Online

PU Abu atau nama sebenarnya, Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, 25, sebelum ini tular apabila menceraikan isteri yang sedang mengandung untuk bersama dengan seorang janda yang merupakan usahawan kosmetik.

Semalam, mahkamah telah memutuskan bahawa hubungan mereka masih kekal sebagai suami isteri namun keputusan itu ditukar selepas PU Abu mengemukakan maklumat tambahan pada sebelah petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini