PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat akan memastikan kes berprofil tinggi yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijalankan seperti kes-kes mahkamah yang lain.
Jelasnya, pada asalnya, prosedur kes tersebut sama seperti kes di mahkamah namun, masyarakat menjangkakan ia dijalankan berbeza daripada kes lain yang sedang dibicarakan.
“Dalam terma mahkamah, kes ini (kes Najib) tidak perlu dilayan lebih daripada kes lain. Daripada aspek prosedurnya tetap sama meskipun ia berprofil tinggi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Masyarakat sahaja yang memandang kes ini tinggi namun, dari sudut mahkamah, ia sama sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Istana Kehakiman di sini hari ini. – K! ONLINE











