Program Satu Semangat Ramadan rai 120 anak yatim - Utusan Malaysia

Program Satu Semangat Ramadan rai 120 anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 21 Mei – Seramai 120 anak anak yatim dan miskin yang terdiri dari empat pertubuhan dirai pada majlis berbuka puasa di Rumah Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak anak Yatim dan Miskin Al Taqwa, Baling.

Sebelum itu mereka dibawa ke sebuah pusat membeli belah di Pekan Baling bagi mendapatkan satu persalinan pakaian baru bagi persiapan menyambut Aidil Fitri akan datang. Majlis Satu Semangat Ramadan dianjurkan bersama Gabungan Truckers Utara 4×4 (GTU), Kay Adventure 4×4, Penang Bikers Club, Utara Bikers, Kelab Media Prima dan Lazz Sdn Bhd. 

Majis ini turut disokong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah. Dalam majlis ini empat rumah anak yatin mendapat bantuan berupa barangan dapur dan wang tunai yang disampikan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah Ismasuhaimi Shariff. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini