PRK Sandakan: Kit Siang yakin pengundi mampu kekalkan kerusi DAP - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: Kit Siang yakin pengundi mampu kekalkan kerusi DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Penasihat DAP, Lim Kit Siang yakin pengundi di parlimen Sandakan akan membuat pilihan terbaik untuk mengekalkan kerusi DAP menerusi calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Lim berkata, kemenangan Vivian dalam PRK itu amat penting apatah lagi dalam usaha mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pindaan itu tidak berjaya apabila gagal mendapat undian dua pertiga majoriti atau 148 undi tetapi hanya mendapat 138 undi sahaja. Jika Vivian dipilih sebagai ahli Parlimen, undi akan menjadi 139 dan harap akan mendapat sembilan undi lagi,” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum DAP di Kampung Mangkalinau, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama, Vivian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong dan wakil daripada parti Warisan.

Lim yang juga anggota Parlimen Iskandar Puteri berkata kerajaan di bawah Pakatan Harapan berusaha menjadikan Sandakan sebagai Sandakan Baharu bagi menghidupkan ekonomi masyarakat daerah itu melalui usaha pembangunan yang dijalankan seperti menaik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini