PRK Sandakan: Kesemua pusat pengundian ditutup - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: Kesemua pusat pengundian ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Kesemua 19 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan ditutup tepat pukul 5 petang ini sejak ia dibuka pada 7.30 pagi tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi keluar mengundi setakat pukul 4 petang ialah 51 peratus.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 90 saluran akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Aktiviti Serbaguna Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua Sandakan di sini untuk pengiraan undi dan keputusan dijangka diumumkan sebelum 10 malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

PRK Parlimen Sandakan menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) Vivian Wong Shir Yee yang menggunakan lambang DAP; calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin dan tiga calon Bebas iaitu bekas pengasas Parti Amanah Negara (Amanah) Sabah Hamzah Abdullah; ahli perniagaan Chia Siew Yung dan bekas pegawai tadbir Pusat Khidmat Parlimen Sandakan Sulaiman Samat.

Vivian dan Sulaiman mengundi di Sekolah Kebangsaan Muhibbah manakala Siew Yung di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 1. Linda dan Hamzah bukan pengundi di kawasan Parlimen ini.

Parlimen Sandakan mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Papat dan Elopura dengan 40,131 jumlah pemilih berdaftar terdiri daripada 39,856 pengundi biasa, lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara dan selebihnya pengundi awal.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 51 peratus merangkumi pengundi Cina dan 45 peratus pengundi bumiputera Islam, manakala selebihnya kaum lain.

Seramai 19,857 pengundi atau 49.48 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi adalah lelaki, manakala pengundi wanita berjumlah 20,274 atau 50.52 peratus. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini