PRK Sandakan: 61 peratus keluar mengundi setakat pukul 10 pagi - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: 61 peratus keluar mengundi setakat pukul 10 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Sehingga pukul 10 pagi ini, sebanyak 61 peratus pengundi awal telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata proses pengundian masih berjalan di dua pusat mengundi iaitu Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dan Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan.

“Pengundian awal bermula pukul 8 pagi tadi dan akan tamat di IPD Sandakan pada pukul 12 tengah hari, manakala pusat mengundi di PPM Sandakan akan tutup pada pukul 2 petang memandangkan jumlah pengundi di PPM lebih ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di IPD ada 78 pengundi, manakala di PPM seramai 192 pengundi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPM Sandakan di sini.

Mohamed Elias turut mengingatkan semua calon supaya mematuhi peraturan SPR semasa berkempen bagi mengelak kesalahan yang boleh diambil tindakan mahkamah. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini