PRK Sandakan: 136 anggota polis berkawal - Utusan Malaysia

PRK Sandakan: 136 anggota polis berkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN 11 Mei- Sebanyak 136 anggota polis ditempatkan di 19 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan yang bermula pukul 7.30 pagi tadi hingga pukul 5 petang, hari ini.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, anggota polis berkenaan melakukan kawalan keselamatan di 90 saluran mengundi dan dalam kawasan 20 meter pusat mengundi.

Katanya, secara keseluruhannya pihak polus telah siap sedia menghadapi PRK Sandakan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala sumber manusia membabitkan pegawai dan anggota polis digunakan untuk memastikan perjalanan PRK Sandakan berjalan dengan lancar dan selamat.

“Kempen PRK Sandakan yang berakhir 12 tengah malam tadi, secara keseluruhannya penyokong parti menjalankan kempen secara aman dan harmoni,” katanya di sini hari ini.


Dalam pada itu, Mohd. Azhar turut menasihatkan penduduk Sandakan untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Jelas beliau, pengundi dinasihatkan keluar awal untuk mengundi dan dan tidak melakukan provokasi serta tidak melakukan kempen semasa mengundi.


“Kita berharap perjalanan PRK Sandakan berlangsung dalam suasana harmoni dan selamat.

Proses mengundi yang berlangsung selama sembilan jam setengah itu melibatkan seramai 39,684 pengundi biasa yang layak mengundi sebelum proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini,” katanya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini