Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd. Kadir berkata, pulangan portfolio kasar itu menghasilkan kadar pulangan dalaman (IRR) kasar pada 14 peratus dan IRR bersih sebanyak 9.8 peratus.
Beliau berkata, dana Ekuinas Direct (Tranche III) pula mencatatkan pulangan portfolio kasar sebanyak RM53.5 juta.
“Pasaran global dan tempatan begitu mencabar memandangkan ekonomi dipengaruhi pelbagai faktor.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Walaupun terdapat cabaran pasaran, Ekuinas terus mencatatkan prestasi kukuh bagi dana-dana kami,” katanya pada majlis pengumuman prestasi Ekuinas 2018 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Ekuinas,Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda. -UTUSAN ONLINE











