PULAU PINANG 27 Mei – Sebuah premis di Jalan Perak di sini yang dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil aktiviti jualan langsung dan skim piramid tanpa lesen diserbu dalam operasi Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) hari ini. Pengarah PPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, premis tersebut yang beroperasi sejak dua tahun lalu didapati menjual pelbagai produk kesihatan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan menerusi aktiviti jualan langsung…










