KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mensasarkan pungutan zakat RM110 juta kutipan sepanjang bulan Ramadan tahun 2019.
Sempena bulan Ramadan yang bertemakan ‘Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan’ PPZ-MAIWP menyediakan 10 kaunter bergerak yang beroperasi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan setiap hari bermula pukul 8.15 pagi 4.30 petang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Shukri Yusoff berkata, bagaimapun sasaran kutipan pada tahun ini dijangka meningkat sebanyak lima belas peratus berbanding tahun lepas.
“Selain itu, kutipan zakat harta dan zakat fitrah bagi Ramadan tahun lalu sebanyak RM95.8 juta seramai 109,739 orang pembayar.
“PPZ menyeru kepada semua umat islam agar jangan lepaskan peluang merebut keberkatan Ramadan tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma PPZ-MAIWP di sini hari ini.
Bayaran boleh dibuat melalui portal PPZ-MAIWP iaitu www.zakat.com.my secara tunai, cek, kad kredit dan kad kredit pembankan islam. – K! ONLINE











